Saya tidak ke Kuala Lumpur pada 14 Julai 2008 dan tidak terperangkap dalam kesesakan teruk akibat pihak polis mengadakan sekatan jalan raya yang menuju ke Bangunan Parlimen.
Akan tetapi, dari laporan akhbar yang saya baca pada hari ini, saya mendapat gambaran kesesakan itu begitu teruk dan luar biasa, sehingga mendatangkan kesusahan yang luar biasa pula kepada orang ramai.
Tentu sekali kesesakan jalan raya itu menimbulkan kemarahan kepada orang ramai.
Masalahnya adakah sekatan jalan raya itu perlu?
Mengikut menteri yang berkenaan, sekatan jalan raya itu perlu diadakan untuk menghalang demonstrasi yang kononnya akan diadakan oleh pihak parti pembangkang.
Akan tetapi, sehari dua sebelum itu saya tidak terbaca apa-apa laporan dalam laman web pembangkang atau akhbar web pembangkang yang berwibawa (seperti Harakahdaily. net) yang menyatakan pihak pembangkang akan mengadakan demonstrasi.
Jadi dari manakah menteri berkenaan mendapat maklumat tentang demonstrasi yang kononnya bakal dianjurkan oleh parti pembangkang itu? Katanya hanya dari beberapa SMS, dari satu dua blog, dan dari ceramah di sebuah sekolah di Kuala Lumpur sebelum itu
Jika itu sumber maklumat beliau, jelaslah sumber maklumat itu bukan sumber yang berwibawa dan boleh dipercayai kesahihannya.
Tanpa sumber maklumat yang berwibawa dan boleh dipercayai, jelaslah sekatan jalan raya itu sebenarnya tidak perlu diadakan, menyusahkan orang ramai, dan kesan buruknya mungkin lebih banyak daripada kesan baik yang diharapkan.
Wajarlah menteri berkenaan meminta maaf kepada orang ramai sebagaimana yang telah dilakukannya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Bagaimana jika anda sedang dalam bahaya dan seseorang yang melihatnya telah menalipon polis. Malangnya polis tidak mahu datang kerana aduan tersebut kurang lengkap. Mahukah anda polis bertindak begitu?
Post a Comment